Kerjaya lakonan Maya_Karin

2001–2004: Kerjaya awal dan Pontianak Harum Sundal Malam

Pada tahun 2000, beliau yang ketika itu berusia 21 tahun telah diberi peranan sebagai hos rancangan televisyen untuk program hiburan gaya hidup TV3, Wavelength yang memulakan kerjaya arus perdana beliau. Beliau mula menerima tawaran berlakon filem dalam tempoh setahun dan tidak lama kemudian diberikan peranan dalam filem pertamanya, Seri Dewi Malam arahan Aziz M. Osman. Dengan watak sebagai seorang isteri yang hidup dalam koma, Maya tidak dapat membuktikan banyak keupayaan lakonannya melalui tempoh yang terhad dalam filem itu dan akhirnya dikritik kerana persembahan yang hambar. Pada tahun yang sama, beliau menjayakan watak seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan luar bandar dalam filem keduanya No Problem. Peranan signifikan penting dalam industri hiburan tempatan (pengacaraan, lakonan dan pehias kulit majalah wanita) kemudian membawa beliau untuk memenangi Anugerah Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Media Hiburan pada tahun 2001. Pada tahun 2003 beliau telah melakonkan peranan pembantu dalam filem Mr. Cinderella 2 bersama pelakon utamanya, Yusry KRU dan Erra Fazira. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan Maya mula menunjukkan bakat yang menjanjikan dan kerjaya dalam bidang lakonan.

Pada 2004, Maya ditawarkan oleh pengarah Shuhaimi Baba untuk memjayakan peranan utama dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.[6] Filem ini merupakan kejayaan secara kritis dan komersial yang berjaya. Giliran tertunggak dan dramatik Maya sebagai primadona (Meriam), seorang gadis naif (Maria) dan banshee (Pontianak)[7] dalam filem itu membawa beliau untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-49 2004 di Fukuoka, Jepun. Maya ialah salah seorang daripada dua pelakon Malaysia yang memenangi anugerah itu di festival berkenaan. Pada tahun 2005, Maya menjayakan semula peranannya dalam kesinambungan Pontianak Harum Sundal Malam II dan terus menerima pujian kritis dengan memenangi anugerah Pelakon Terbaik (lelaki/wanita) di Festival Filem Fantasi dan Keganasan Estepona 2005 di Málaga, Sepanyol. Berikutan kejayaan kritis dan komersial kedua-dua filem dan juga persembahan beliau, Maya memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005.

2005–2010: Duyung, Teater Natrah dan Pisau Cukur

Walaupun kerjaya filem beliau yang semakin meningkat, Maya meneruskan penglibatan beliau di televisyen, dan pada tahun 2004 beliau telah dijemput oleh Channel [V] International untuk menyertai pasukan VJ mereka bagi segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control. Pada tahun 2006, beliau dipilih sebagai VJ Terbaik di Anugerah Pilihan Star Buzz Editor 2006. Rancangan lain yang memperlihatkan beliau sebagai pengacara ialah program pengantin Ratu Sehari pada tahun 2004 untuk saluran Astro Ria[8][9] dan program travelog Beauty Secrets From The East (bahasa Melayu: Rahsia Kecantikan dari Timur) pada tahun 2005 di TV3.[10][11]

Pada tahun 2007, Maya menjayakan pelbagai peranan utama dalam filem terbitan Pesona Pictures Waris Jari Hantu dan 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba dan filem terbitan Tayangan Unggul Anak Halal arahan Osman Ali dan terus menerima pencalonan dalam pelbagai anugerah. Maya memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 dan Anugerah Oskar Malaysia pada tahun 2008 untuk peranan beliau sebagai seorang gadis tomboy dalam Anak Halal.[12][13]

Bertahun selepas terlibat dalam filem drama sentrik, Maya kemudian menunjukkan bakat beliau yang serba boleh dengan melakonan pelbagai watak komedi dalam filem-filem pecah panggung.[14] Ia bermula dengan filem blokbuster Duyung[15] arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen terbitan KRU Studios dikeluarkan pada tahun 2008 di mana beliau memainkan peranan tajuk, ikan duyung. Dalam filem ini, Maya telah dihargai untuk menjayakan adegan bawah air sendiri di laut terbuka di Pulau Sipadan. Pada tahun yang sama, beliau menerima Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, berikutan populariti massa beliau sejak dua tahun lepas, juga pada 2008, beliau berlakon dalam filem arahan Azhar Ruddin Punggok Rindukan Bulan bersama Sahrolnizam Nor.[16]

Maya merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video. Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor dan lain-lain.[17] Pada tahun 2009, beliau membintangi filem arahan Bernard Chauly Pisau Cukur lakonan bersama Fazura dan Aaron Aziz.,[18][19] sebuah filem komedi tentang mata duitan[20] di mana beliau melakonkan lebih banyak adegan komedi daripada peranannya dalam Duyung.[21]

Pada Disember 2009, Maya diberi peranan bagi watak seorang wanita Belanda yang bernama Bertha Hertogh (Natrah) dalam pementasan teater Natrah[22] arahan Erma Fatima yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10-13 Disember,[22] teater yang mengupas tragedi wanita bernama Natrah yang menyayat hati dan pernah mencetuskan rusuhan berdarah pada 1950[22] turut dibintangi oleh Remy Ishak sebagai Mansor Adabi, Umie Aida (Che Aminah), Sofia Jane (Natrah ketika berusia 70 tahun) dan Samantha Schubert (Adeline),[22] teater ini merupakan satu kejayaan komersial dan kritis dan mendapat sambutan dari penonton yang hadir,[22] malah tiketnya juga habis dijual.[22] Pada tahun 2010, Maya berlakon dalam filem fantasi arahan Edry KRU, Magika, beliau melakonkan watak utama sebagai pengacara rancangan hiburan yang jatuh cinta dengan seorang lelaki dari sebuah kampung luar bandar dalam filem komedi romantis arahan Osman Ali Cun! bersama Remy Ishak.[23] Filem ini merupakan filem kedua Maya di bawah arahan Osman selepas Anak Halal.[23]

2011–kini: Cabaran kerjaya dan kejayaan seterusnya

Pada November 2011, Maya mengejutkan peminat dan penonton filem dengan persembahan beliau sebagai wanita muda dari sebuah kampung luar bandar bergelut dengan kehidupan dan kasih sayang, dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali[24] yang diadaptasi daripada novel 2002 dengan judul sama karya Fauziah Ashari.[25] Filem ini menjadi kejayaan komersial terbesar beliau, sekaligus melayakkan beliau menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2012 pada 2012 dan Festival Filem Malaysia ke-25 pada 2013 dan Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular ketiganya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.[26] Filem ini bukan sahaja mencapai kutipan pecah panggung sebanyak 10.90 juta, malah berjaya menutup kritikan hebat terhadap lakonan Maya yang dikatakan kaku selama ini.[27][28][29]

Selepas itu, Maya menjayakan dua peranan yang tidak pernah dilakokankannya sebelum ini dalam Lagenda Budak Setan 2: Katerina arahan Sharad Sharan yang merupakan kesinambungan dari filem pertama yang diadaptasikan dari novel 1985 dengan judul sama karya Ahadiat Akashah, Maya melakonkan watak Katerina,[30][31] bergandingan bersama Farid Kamil sebagai Kasyah.[30] Dari 6 hingga 18 November 2013, Maya menjadi sebahagian dari barisan pelakon pementasan teater penghargaan khas untuk legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, Supermokh Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya.[32] Setahun kemudian, beliau muncul dalam filem Sejoli: Misi Cantas Cinta, dan berjaya menonjol biarpun berlakon bersama pelakon lain yang terkemuka. Lakonan menggeletek tulen seorang gadis mencari cinta sejati dalam filem yang kedua melayakkannya menerima penganugerahan Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Komedi di Anugerah Lawak Warna 2014. Dalam tahun 2015, Maya muncul dalam dua filem, iaitu Jwanita[33][34] dan Nota,[35] dengan filem kedua yang diarahkan dan dihasilkan dengan kerjasama antara penerbit filem tempatan dan krew Jepun.[36][37][38]

Sehingga kini, Maya diakui sebagai pelakon dengan persembahan peranan seram yang paling berjaya dalam industri filem tempatan dan sering dipetik oleh peminatnya dan penonton filem tempatan sebagai banshee, ikan duyung dan Izzah (peranannya dalam Ombak Rindu), keranan persembahan menarik dan berkekalan dalam filem masing-masing.[39][40][41] Pada Festival Filem Malaysia ke-28,[42] Maya sekali lagi bersaing dalam Pelakon Wanita Terbaik di festival yang memasuki edisi ke-28.[42] Maya tercalon dalam dua filem iaitu Jwanita dan Nota.[42] Beliau berdepan cabaran pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Nadiya Nisaa dan Nabila Huda.[42] Sebelum ini, Maya pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dua kali menerusi filem Anak Halal dan Ombak Rindu arahan Osman Ali.[42] Dalam temuramah dengan Berita Harian, beliau berkata:

"Alhamdulillah atas pencalonan berganda ini. Saya agak terkejut ketika dimaklumkan nama saya 'sangkut' untuk dua filem. Saya sangka hanya filem Jwanita kerana ia mendapat maklum balas positif penonton. Setahu saya, bagi filem Nota, hanya pengkritik dan pencinta filem tegar saja yang menontonnya. Namun, biar apapun, saya gembira untuk dua pencalonan ini,"[42]

Ia telah diumumkan pada Mac 2017 bahawa Maya akan muncul dalam kesinambungan filem Munafik bertajuk Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.[43][44] Beliau dilaporkan menggantikan pelakon utamanya, Nabila Huda yang menarik diri dari membintangi Munafik 2 kerana kesibukan jadual kerja.[45][46] Dikeluarkan pada 30 Ogos 2018, Munafik 2 merupakan satu kejayaan komersial apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM43 juta sekaligus menjadi filem dengan kutipan pecah panggung terbanyak di Malaysia.[47] Maya memegang watak sebagai Sakinah, seorang ibu tunggal yang menjaga bapanya, Imam Malek (Roslan Salleh) yang terlantar sakit. Sakinah mempunyai seorang anak perempuan bernama Aina.[48][49] Portal berita The Star melaporkan yang Maya lebih bertumpu kepada filem berbanding drama meskipun sudah 7 tahun bergiat aktif dalam bidang lakonan.[50] Beliau menjadi bintang utama di samping Remy Ishak dalam pementasan Teater Tun Fatimah yang dipentaskan pada 20 dan 21 Oktober di Panggung Bangsawan Melaka.[51]

Maya bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Chew Kin Wah, June Lojong, Afdlin Shauki, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[4]

Pada Februari 2019, beliau dilaporkan bakal berlakon di samping Zizan Razak dalam filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof yang dijadualkan akan menjalani penggambaran pada Mac 2019.[52]

Rujukan

WikiPedia: Maya_Karin http://www.agendadaily.com/Hiburan/maya-karin-rind... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-lak... http://www.budiey.com/filem-anak-halal-lakonan-fas... http://www.budiey.com/maya-karin-lancar-album-teka... http://www.budiey.com/meet-cast-supermokh-musical/ http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2...